7 MANFAAT HANYA UNTUK PEMILIK PROTON

PERKARA YANG PERLU DIBUAT SEKIRANYA BERLAKU KEROSAKAN / KEMALANGAN PADA KENDERAAN

Langkah 1

Sekiranya berlaku kerosakan atau kemalangan 

Langkah 2

Pasang lampu kecemasan. Letak segi tiga amaran.

Lihat jika ada sesiapa yang cedera. Perhatikan sekiranya terdapat unsur-unsur yang merbahaya (jika berlaku kemalangan).

Jauhkan diri dari jalan raya. Tunggu di kawasan yang selamat.


Langkah 3

Hubungi talian 999 (jika kemalangan).

Bantuan Khidmat Pelanggan PROTON 1-800-88-8398

Langkah 4

Tunggu pasukan penyelamat untuk menunda kereta anda ke pusat Ketuk dan Cat PROTON.

Buat laporan polis dalam masa 24 jam.

Langkah 5

Pusat Ketuk & Cat PROTON akan hubungi anda berkenaan tuntutan dan pembaikan kereta. 

Perkara yang anda perlu tahu mengenai insurans anda:

1. Polisi ini tidak termasuk kerosakan bencana alam semula jadi seperti banjir dan tanah runtuh. Oleh itu, sila dapatkan Perlindungan Peril Khas. Walau bagaimanapun, anda layak untuk menuntut elaun RM1,000 untuk sebarang kerosakan akibat banjir, tertakluk terma & syarat.


2. Tuntutan cermin depan tidak akan menjejaskan Diskaun Tiada Tuntutan (NCD) sekiranya anda mempunyai perlindungan cermin depan berasingan/tambahan.


3. Kos RM10 bagi setiap pemandu tambahan yang disenaraikan akan diketepikan melalui Program Insurans Proton (PIP).


4. Semua kenderaan syarikat yang berdaftar perlu menginsuranskan semua pemandu mereka.


5. Perlindungan seperti tuntutan Perlindungan Kunci, Elaun Banjir & Kemalangan Peribadi Pemegang Polisi tidak akan menjejaskan Diskaun Tiada Tuntutan (NCD).


6. Insurans kenderaan anda yang didaftarkan di Malaysia meliputi perlindungan di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam. Perlindungan tambahan premium diperlukan bagi perlindungan di Thailand.


7. Insurans ini tidak termasuk mana-mana aksesori yang bukan dihasilkan daripada kilang.


8. Jika anda mendaftar lebih daripada sebuah kereta, NCD anda boleh ditukar pada mana-mana kereta tersebut.


9. Sekiranya berlaku kemalangan, anda perlu membuat laporan di balai polis berhampiran dalam tempoh 24 jam dari masa kemalangan. Hantar kereta anda ke Pusat Servis PROTON untuk mendapatkan pengesahan, kerja pembaikan berkualiti, alat ganti tulen dan waranti secara cepat.